Pages

Sunday, October 17, 2010

tentang dahulu

mood saya sangat gembira bila tuhan membuka pintu hatiku untuk memaafkan dan melupakan.. bahagia dahulu telah kembali tapi mungkin sudah tidak serupa.. saya mula sayang awak.. haha.
satu perkara yang saya sedar.. masa dahulu tak mungkin jadi masa sekarang.. mungkin saya dan awak sudah berubah.. sbb itu kita tak dapat jadi seperti dahulu.. tapi.. saya yakin awak tahu siapa awak di hati saya.. smile sweet girl... you still great person in bad and good...

Monday, October 4, 2010

hilang

adoi umi.... oren tiada ketika musim hujan.. itu adalah satu penyeksaan buat aku... grrrrrrr.. tolonglah. macam mana nak hidup di musim hujan ni.. aku berharap sangat aku dapat capai impian aku next sem untuk ganti oren. haha... mampu kew??? itulah persoalannya sekarang.. aku student yang dah lah tak dapat loan... belanja bulanan pom dapat sikit je.. memang berangan besar aku ni!!! tak per sara!!! go go go... kalau ada rezeki memang boleh kan.. haha.. cuma kena ikat perut je sekarang.. simpan duit... cari duit.. kena rajin.. memang seksa lah kalau nak buat duit ni.. umm. akan ku berusaha promote kan bisness ku ini. haha.. akan ku buktikan pada diriku aku mampu.. haha.. sekadar berangan tak guna.. ahha. tp tak semua yang kita rancang akan berjaya dan tak semua yang kita nak, kita akan dapat.. haha.. susah bukan? itulah hidup... oleh itu, jangan lah nak berharap sangat ok..

Sunday, October 3, 2010

+ve

ohh.. omg. jangan terkejut.. hari ini aku disahkan postive tension!!.. ummm.. tak tau kenapa kepala ni berfikir tak tentu hala dan ada je perasaan nak marah dan sangat sangat tiada mood.. semua orang bersiap sakan nak ke DINNER Om.. umm. tapi aku terasa malas yang amat sangat nak bersiap.. tak tahu lah kenapa dengan perasaan ni.. gado ngan ero?? oh.. tidak..baik aje kami... period?.. umm. maybe... so, keputusan nyer, mmg aku tak pergi.. duk dalam bilik diam diam fikir perancangan hidup yang tak berapa nak lucky ni... ummm.. mungkin aku rindukan sesuatu dan mungkin aku semakin benci akan sesuatu... grrrrr.. sukar ni.. mabuk dibuatnya. haha.. Ya Allah.. berilah aku jalan yang senang.. heeeeeee.. i wish i could be star.. semua nyer akan menjadi terang bila gelap.. kadang kadang kecewa juga ye dengan hidup ni tapi apa kan daya, tetap kena teruskan hidup ni sekuat-kuatnya..
bye bye hari ini... semogo hari esok cerah seperti bulan dan bintang

Friday, October 1, 2010

my oren

huhu... my oren sakit lagi.. ngoks betola.. kereta ku mmg dah totally nak out dah.. adoi. apa nak buat.. tiba tiba tengah ero drive, kereta mampus tiba2.. awww.. betol2 depan tanjung jara resort.. waaaa.. memang tengah kepenatan masa tu.. dengan panas lagi nye. call si medan datang amik terus.. ok.. five star to him kerana terus datang tanpa berlengah... bagus kawan mcm ni.. wakakaka.. kdg2 je macam pandir... maybe tuhan nak balas kejahatan aku la tu.. haha... tuhan bayar cash je sekarang. haha.. insaf sebentar.. ok.. mmg lepas ni habis lagi beratus2 untuk baiki kereta. mmg tension lah gini.. waaaa.. kenapa lah macam ni..

fikir sebentar

aku rasa nak beli viva jep.. dulu dah plan nak beli ero tak nak plak.. sekarang tgk saper yang susah.. setiap bulan kos untuk kereta tu dekat 500.. baik bayar wet bulanan kereta.. haha... lepas ni, mmg aku kena simpan duit nak beli kereta ah.. mmg kena berjimat betol2 lepas ni.. nak kereta baru..waaaaaaaaaaaa

ubah mood

change.. change.. nak ubah mood.. haha..

Saturday, September 25, 2010

cuti

fuhhh...
last week adalah hari yang paling gembira buat aku...
ketenangan yang dah lama tak dirasai..
wahhhhh,.. masyuk g2 tau..
haha...
i take off 2 weeks dr buat coklat sgala ni.. haha
all order tolak tepi..haha
1 week dapat enjoy sepuasnya menikmati hidup yang free
mcm2 aku buat..
-lepak ngan kwn2
-gi saloon berjemaah cuci rambut mucuk
-sopim kuantan
-wayang
-dating dating
-makan sate
-tidur awal..
-da best thing, layan movies best2

hahaha.. masyuk kan bila cuti seminggu tanpa sebarang gangguan
rasa nak cuti buat choc selama-lamanya je, tp mana nak cari makan kalau tak buat semua ni..
terpaksa lah bekorban jugak walau mcm mana pom.. haha.. alhamdulillah, rezeki yang Allah bg cukup selalu.. heeeeeeeeeeeeeee

bye bye

Thursday, September 16, 2010

impossible

1 impian aku
-aku nak cantik untuk er0-
hahahahaha

berfikir

hehehe
terasa macam malas dah nak teruskan bisness coklat..
letih lah pulak rasanye.. hahaha
tapi ini lah yang bg aku makan
hahhaaha
rasa macam nak tambah lagi satu bisness..
hahahhahaha
tapi nak jual apa ye???

think think think

hahhaha
ting tong

aku ada idea tp modal belum cukup lagi
hahaha

tak per. akan aku usahakan perlahan-lahan dengan modal yang kecil dulu
heeeeeeeeeeeeee


insyAllah aku akan start buat apa yang aku rancang bila semua sudah selesai
apa yang aku buat, aku nak rancang betol betol. tak nak kelam kabut lagi

insyallah aku akan usahakan ini bermula cuti sem nnt.. hahhaha

"kita merancang tapi tuhan yang menentukan"hehhehehehe

Monday, September 13, 2010

Saturday, September 11, 2010

selamat hari raya




selamat hari raya
hari yang tak berapa nak bermakna buat aku
sbb tak der baju raya.. tak sempat nak beli n tak der pilihan.
sibuk sangat2...
huhuhu
tp lastly, pinjam baju raya UMI jugak. hahaha.
but, aku akan tuntut balik apa yang aku tak dapat
baju raya+new shoes+blous=this wed aku akan sopim puas hati..
no matter what, im planning 10hours at TS for sopim with ero... GREAT!!!

btw...
selamat hari raya untuk my teman2 n my beloved
aku nak mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan dan kekasaran aku
im not perfect girl...

bye2



Sunday, August 29, 2010

hari ini dan esok

hari ini hati bercelaru
hari ini hari yang pilu
hari ini perit bagi ku
tp
esok hari hari bahagia buatku
esok hari hari gembira untukku
esok hari tiada lagi pilu
sabar dan teruskan hidup...
muahhhhhhhhh
heeeeeeeeeee

Sunday, August 22, 2010

situasi apa ini

"awak, saya ingin mengadu sesuatu kepada awak nanti"

"tengoklah kalau ada masa nanti"

"ala, tak kan tak leh nak luang masa kejap dengar saya nak mengadu sesuatu"

"nanti lah kalau saya ada masa"

"kenapa ni? tak kan tak leh nak luang masa kejap, tak leh ke nak dengar saya mengadu? mslh saya nit ak penting kew"

"kadang-kadang tak leh jugak"

"apa ni" letak telephone

grrrr grrrrrr(msg masuk)
"oh, nak cari gadoh ye.. siap lah awak. kali ni saya tak kan mengalah..elok la jadi macam ni. dah, jangan ganggu saya malam ni.salam"

reply
"kenapa awak jadi macam ni? saya ni memang dah tak penting buat awak. pertahankan lah ego awak tu.. saya tak nak pun ganggu awak nye. wslm"

dalam hati
perit nye.. apa nak buat? baik lah.. mungkin patot senyap saja


(apa la nasib org itu.. mintak jauh)
di copy dari blog my old friend

Saturday, August 21, 2010

jangan

ok, sebenarnya
aku dah sakit hati
tapi kejap,
jangan sakit hati lagi
cuba dulu pikir
mungkin kau salah
jangan terburu-buru
cuba dulu apa patut
sekurang-kurangnya
kamu tak menyesal nanti
mungkin kamu tersilap
cuba terbaik dulu
heeeeeeee
strong strong!!!

hahahhaahahahahhahahhahahaha

changed

kenapa macam tu?
aku terasa pula
hahaha
ok
aku diam
baik diam
syuh syuh
senyap jap
pikir pikir
tak guna jadi negatif
meh sini nak ajar
cara budiman
jangan main belakang
tunjuk depan depan
betapa kuat kamu
saya sayang kamu
muahhhh
habis perasan
aku diam
baik baik
sayang kamu
heeeeeeeeeeeee
marbelousss

Friday, August 20, 2010

i like hipokrit

lesson today:HIPOKRIT

heeeeeeeeeee
lebih baik hipokrit menjadi baik dari tak buat baik
lebih baik hipokrit jadi rajin dari tunjuk tak rajin lansung
lebih baik hipokrit peramah dari tak peramah lansung
lebih baik hipokrit sayang dari tak sayang lansung
lebih baik hipokrit suka sesuatu dari tak suka lansung

kadang-kadang manusia menjadi hipokrit untuk sesuatu tujuan...

daripada yang tak rajin tu, bila dia bermuka-muka rajin, atleast ada juga hasilnnya daripada sikap sebenar yang lansung tak rajin.

so, tak perlu nak benci orang yang hipokrit rajin kew, baik kew, penurah kew, peramah kew kerna sekurang-kurangnye, ada jugak yang dia buat

lebih baik benci orang yang tak peramah, malas, kedekut.

cuba fiikirkan buat lima minit...

mmg kadang-kadang sakit hati bila tgk org hipokrit tp fikirkan juga kenapa..
contohnya, di depan kita bukan main lemah lembut, tp dibelakang kita mmg sebenarnya jahat.. kan lebih baik dia menjadi lembut didepan kita daripada kejam dibelakang kita dan kejam di depan kita.. fikir mana satu lebih baik....

nak cari yang sempurna sukar, terimalah apa yang ada

Allah itu Maha Kuasa.. Dia lebih mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk..

kadang-kadang kita fikir perkara itu baik buat kita sedangkan ianya buruk buat kita, dan kadang-kadang kita fikir perkara itu buruk buat kita, sedangkan perkara itu baik buat kita...
(ini yang selalu si dia pesan, ingt perkara ini, jgn menyesal kita tinggalkan perkara yang buruk walaupun kita suka akn ia)

TAMAT

perlu ke tak?

ah..
aku mmg dah tak perlukan kau lagi
kau sampah buat ku
manusia yang sama taraf dengan momok
hahaha
aku tak kisah pom pasal kamu
apa yang kamu ada buat ku
kamu kosong
aku buat begitu kerna aku benci
tak perlu tayang muka depan aku
joget joget lakon itu ini
mata ku tidak lagi dapat melihat kamu
ia tiba tiba buta
padam muka
aku mmg kejam
aku akan tinggal bila tiada apa apa

selamat tinggal sampahku...

Tuesday, August 17, 2010

amaran MERAH

haha..
ah, jangan datang dekat..
pergi pergi pergi
aku dah tiada hati untuk mu
hehehe
aku bahagia sekarang bersama yang baru
apa lagi kau mahu
kau yang tinggal aku dulu
tidak perlu kau berlakon itu ini
aku mati kerna kamu
aku bangkit bersama yang baru
percaya satu perkara:
sekali aku pergi
tak kan ku kembali

Tuesday, August 10, 2010

bulan puasa bulan menguji kekuatan

heeeeeeeeeee
puasa coming
seronoknya
bulan puasa adalah bulan untuk uji sabar aku dan kekuatan aku
grrrrr..
kebaikan bulan puasa:
-tak der hantu
-tak der nak buat jahat
-dapat jimat duit makan
-dapat cuba nak berubah
-cayok2.. saya mahu terawih..
hahahhhahahhahahhahahaha

kepada teman-teman ku
-selamat berpuasa semuanya.. semoga kita sama-sama dapat kerahmatan dan hidayah di bulan ini...-

Sunday, August 8, 2010

rimas serabut

aku tak cukup tangan nak handle semua order and nak urus order
plase someone yang nak kerja part time, meh tolong aku kerja.. kerja urus order n amik order n tolong details kan kat aku berapa jumlah choc yang aku perlu buat.. every order masuk, ada komisyen.. even tak banyak komisyen, tp trust me, banyak order akn masuk n akan jadi serabut..
saper lah yang sanggup kerja ngan aku tolong as person yang URUS ORDER.. please..
i really need helper..
thanks

call me ok.

Saturday, August 7, 2010

wake up sara!!!!

cayok2.. wake up sara.
hahahha..
please dont waste your money dgn sopim2 segala.
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
last week,i spend money for sopim almost 1k
this week, i dont how much...grrrrrrrrr.. ada lagi. adoi ya..
tak pikir sebelum membeli
sekarang sape susah?
apa yang belum di settle kan!!!
BIL TEFON!!
SAVING FOR CAMERA!!
SAVING FOR MY FUTURE!!(end of this year should be w-f- to someone)ummm
grrrrrrrrrrrrrr
masih byk yg belum settle..
adoi ya..

sara, kuatkan semangat!!!
jangan tolak lagi order yang masuk!!!
hahahhahah..

byebye

Friday, August 6, 2010

adat berniaga

pelbagai kerenah kita akan jumpa kalau dah berniaga.
mcm2 nak itu, nak ini.
kalau pasal nak itu, nak ini, masih boleh di layan sbb mereka punya hak atas apa yang mereka minta
ofcoz, they want the best.. me tooo...
tapi kalau dah masalah yang bukan disebabkan oleh ES sendiri, tp told us yg salah, agak bengang lah jugak.. but, as responsible person, i accept all things..
please be nice.. please dont miss your muslim attitude...
we have ADAT berbicara.. hehehehhehehehhehe
i still respect u as my customer..
our motto: CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT... so, please be nice with us.. if you have any problem, please told to us, and dont shame us.. thanks... muaxxxxx

hehehhehehehehhehehe..
ES perlu kuat ok.. wakakakkakakkaa

continue.....

Thursday, August 5, 2010

favourite ku

hye peps..
dulu masa cuti sem aku tak pernah miss pom tgk sinetron BENCI BILANG CINTA
aku suka gile kat baim wong sbb muka nyer mcm my hero.. walalallalla..
ngadew2.. gediks i tau..hehehhe
tp sejak buat bisness choc n klas byk, mmg tak der masa lansung nak tgk cerita aku..
then aku search kat google pasal citer ni..
keputusan nyer:
ha.. u olls yg suka citer ni and ter miss tgk salah satu episod nyer. meh tgk kat sini.. semua episod ada. hehehehehhe..
i love u olls

bila dah ber bisness

fuh... sekian lama aku menyepi diri..
hanya menumpukan perhatian pada blog bisness coklat aku jep..
hahaha.. penat sgt2, setiap hari ada je keje nak kena buat..
coklat+study+lyn order+homework+penat=drag me to the hell
hahahha.. nasib baik lah im not doing all things alone..
thanks GOD bg aku partner yg boleh buat coklat+amik order.
hehe.. demi nak kumpul duit masa depan, tepaksa sgt lah bekorban masa rehat di hujung minggu. mmg kami tak dapat lansung masa nak rehat.haha.
tp yg da best, we have great time and at least dapat luangkan masa bersama buat benda berfaedah yg dapat buat duit.. so, tak der lah spend time together buang duit... hehe
aku plak semakin hari semakin gatal nak g promote coklat dari bilik ke bilik. hahaha.
bila dapat order yg bertambun mula lah bengang takot takder masa nak buat. tp mcm mana pom, terpaksa kami buat walaupun smpai 4 pagi baru siap semua nyer.. bayangkan tu masa org dah tido, tp kami masih bertungkus lumus buat duit. hahahahaha.
sometime we're happy but sometime stress each other then GADOH.. haha
esh.. my bad, aku suka tengking2 dia bila aku stress benda aku buat tak menjadi. haha... but his mistake, tak boleh tgk aku muka masam.. bila tgk muka aku masam mula lah cakap aku BUAT MUKA. hahahaha....
i love u ero!!!

....end....

Friday, July 23, 2010

rest

hye peps..
fuhh.. sudah berzaman aku tak menaip di blog bersarang ku ini.. al maklumlah.. teramat lah busy..
sampai ke hari ini, tak dapat lah nak rest betol2 lagi.. setiap minggu ada jek order choc yang perlu dibuat.. fuhh...
then, skrg sudah tiba masanya ku berehat untuk seminggu.. horeyyy..
my nx trip this wednesday.. heeeeeeeeeeeeeeee
tak sabar rasanya nak travel2.. haha..
mau berehat sepuasnya.. haha.. aku terpaksa hold dulu sgala order buat masa ini. harap maaf semua...kedai coklat kami akan beroperasi semula pada 31hb July.. haha

sekian

Saturday, July 3, 2010

busyyyyyyyyyy

haha...
sudah begitu lama ku tidak menaip di ruang ini
terlalu sibuk amat sangat sampai aku pun tiada masa untuk diriku sendiri berehat.
cuti sem yang panjang memang tidak ku nikmati kerana sibuk bekerja
Alhamdulillah, syukur sangat2, rezeki tu ada...
cuma aku dan dia memang sibuk buat coklat sama2.
tak der lah terbeban sangat buat sorang2..
alhamdulillah order ada jep masok...(saving for we-d--ng)
semoga dapat rezeki yang halal..
amin....

hari ini daftar kolej.. grrrrrrr.. aku dapat kolej karah..
means RUMAH KAYU yg buyookk.. haha
tp ALhamdulillah, ada juga kolej nyew, haha..

sekian

Sunday, June 20, 2010

PD TIME..

haha.. masyukk tola dapat picnic kat pd. haha
tak pernah aku mandi laut...
asyik mandi air tejun jah..
hehe.. ramai2 pergi..
agak kelam kabut ugak Si Naddy nak arrage semuanyew..
cian dia. wakaka.
then, time blk Mama Naddy blanje mkn tomyan n sate..
agi masyukk tuh.. heeeeeee
five star to Mama


Saturday, June 19, 2010

rindu sangat dia

hehe...
sejak aku g Amerika ni bak kata lia bakar...
haha.. aku duk umah akak aku kat kl lol..
dah lama tak jumpa si dia... kami dpt bertahan tak jumpa lebih dr 2 weeks.
mmg masyukk r bebanan rindu.. wakakka..
tp yg sedihnyew nnt hari Anniversary kami yg ke-3 on 23 jun, tak dpt smbut awal..
waawawa. merajuk dia.. aku tak leh nak blk ganu lg..
wadushhh.. sabar ye kau ero... aku bakal pulang bawa sesuatu..
haha.. tak per2. yg penting kami bahagia jep even byk gadoh..
tp seriously mmg duk jauh2 best ugak, rasa rindu tu ada ummmm..
haha.. then mmg sure tak gadoh..
haha.. law duk dekat2, ha, mmg bertumbuk lah nnt..

grrrrrrrrrrr

dah seminggu pikirkn apa yg patot dibuat tok dia sempena hari kami ini.
haha.
any idea?
yg penting tak nak bg benda2 lah..
just nak sesuatu yg istimewa n sweet.. hehe

Monday, June 14, 2010

grrrr.. busy nyew

salam..
wadushh... penatnyew...
busy nyew...
mencari cari peralatan nak buat choc, mould choc yg murah2 bukan senang,,,
mahal la semua nyew, budjet dah lari habis..
waaaa... shoping sikit punya barang dah cecah 200..
waaaaa.... byk menda tak beli lg ni..
nasib bek ero sokong jep... smangat la ugak nak buat choc sama2 nnt

today ugakksss...
settle udah sal genting..
masyukkk... dapat duk awana genting..
hahaha... nasib bek booking awal...
cant wait date nk pergi nnt..
ramai2 masyuk tuh..

cayok2... spend money byk2 starting from now...
grrrr... tp habis beli brg nk wat choc jah... errr

selamat...
habissss

Friday, June 11, 2010

kerja baru

waawawawa.. thanks God..
aku dapat kerja baru ok...
marbelloous punya kerja...
kerja ngan my sis yg bukak bisnes tudung..
mmg amat gojez tudung nyew ok...
kerja agak penat lah di rumah nyew tp seronok kerna dikelilingi byk kucing..
hehehhe.. i love cat..
kerja ku, memasak, kemas2 skit, n tolong urus tudung2 nyew..
hahaha...
tgk pic aku jd model tudung dia. hahahahha.
mmg buruk semcm
mmg tak kena r tudung ni ngan muka aku




Tuesday, June 8, 2010

childs play :abc 123

ngeh ngeh ngeh
malas aku nak layan
mcm budak2 kecik
abc 123

kecian pulak...
wakakkakakakakakaka

main lagi
main lagi

tp kesian, tak der org nak layan...
wakaakkaakakkakakakakkaka

kita tgk dan senyum suda...

i hate uoolllllllllsss

waduhhh... sakitnye hati ku ngan mereka tu...
wawawawawawawawawawawawawawa
jangan la buat aku geram minah oi....

uolllllllllsss ni..
tension aku tau...
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
urmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
whatever...
WTF 123 abc

aku tak der duit ni.. mau wang gua lol... cepat2.. kasi sini my wang...
manyak tu... blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Alliance Bank mmg bengap sikit ok...
huh..tension aku ngan akak n Pak Cik tu ckp aku tak dpat wet aku..
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Rm450 ok...

dah la PAK CIK sorang lagi tu gatai nak mampusss
dia ckp"Jom kuar mkn ngan abg.. eeeeeeeee.. then, pakai la duit abg dulu rm450 tu.. nnt ada duit ganti lah, tp keluar la ngan abg dulu.. "
grrrr.. aku nka g baut report je rasanyew... dah la lembap cap itik tergedek2..

grrrrrrrrrrrrr... law tak dpt wet aku dlm masa 2 bulan ni mmg hang semua nak kena ngan aku tau....

penantian


uuooollssssssss
cant wait trip to genting ramai2 29 july ni..
waduhhhhhh.. syok nyew... kenapa masa begitu lmbt berlalu
hahaha. join ero n da geng..
3-4 hari ni mmg busy duk survey n urus sal booking hotel n themepark
waaa. masyukk. byk info n harga murah tau..
wakakaka. pluss kami berlapan akan menikmati cable car free tak kira brapa puluh kali pom. thanks to Uncle Atienia.. ngeh ngeh ngeh..
kami nak duk Awana Genting nantii. bestt. masyukk kat sana..
bilik nye besar ni... 2 bilik suda.. 1 for gurls n 1 for boys..
p/s:sesiapa mahu beli voucher ke genting.. yang utama dpt free room kat awana or first world n byk lagi voucher2 lain ok. call me.. 010-9090032

Monday, June 7, 2010

jahat nye aku

haha.. aku tgk betul2 muka dia mcm AHLI SIHIR jep...
haha.. dan mulut nye mmg puaka.. haha
jahat betul aku...

Sunday, June 6, 2010

straw choc jadi idola ku.

hahaha..lepas aku tgk gerai strawberry choc.. fuhh..
masyukk design nyew.. wahh. sudah berangan aku ni nak bukak booth choc kat uitm.. wakkakaka
bengap tolls. hehe..








sesiapa yg mau order begini, lepas aku g belajar wat choc dgn lebih pro ok... next week aku amik klas buat choc.. wakakak.masyukkkkkkkkk

cerita CINA bengap

haha...
cerita nya bermula begini...
minggu lepas aku mahu beli voucher genting nye bernilai rm55..
katanya beli 2 dan keatas dpt postage free.
then, 2 ahri lepas itu, i buy 4.. 2 for me n 2 for nia at klantan..
huh.. then today i add 1 more voucher for ero n the geng.. n i transfer to her rm55
she text me n said: sorry, i alreadys send your last 4 set voucher to nia at kelantan..
all 4 set.. umm.
sokey, i accept it.. then, she text me again n ask me to bank in rm6 for postage..
what????
aku dah beli 5 set voucher. why aku nak kena byr agi rm6 tok postage. u said buy 2 n above dpt free postage.. dah lah ko g send semua voucher aku kat klantan. adushh...skrg suh plak aku add lg rm6.. sorry ok..
bodoh ke tak bodoh dia tu.
sama lah. aritu aku beli 4 set so, free postage 2 address..
aku suh g anto 2 set kat aku n 2 set lg kat nia. tp hang g send semua kat dia.
so, aku berhak lah tak byr untuk ko send 1 set ni lg. ha. sbb aritu ko g send 1 alamat jep.
tp dia tu yg bodoh ckp kat aku.. law lah 1o set beli n 10 alamat lain2, bank up lah i. mmg lah bankrup tp tak bankrup alw ko g send 5 address jep. baik tak payah ckp free postage if beli 2 set. apa lah. dah aku beli 5 set. so, aku patot dpt 2 postage free la mangkuk hayon oi.. then aku tak ank byr n she said;; ok, bg num akaun u, i nak transfer.. tak nak dah i jual kat u..
aku ok jep. tak kisah pom. mcm ko sorang jep yg jual. rela aku beli yg lebih mahal dr ko jual tu..

sabo jela aku... jawab nye, aku kena booking hotel by on9 la.huhuhuhu

Saturday, June 5, 2010

bukan untuk my ero mucuk ok!!! hahaha

hahahahhahahaha..
i like this song!!!!
hahahha.. for who?
its for me ok...
kadang2 aku take lesson dgr lagu ni...

LYNDA RAHIM

DESIGN DAN REKAAN DARI LYNDA RAHIM
fuh.. aku mmg minat gile rekaan n design dia.. masyuk betoi.
lebih2 pic yg bawah ni.. hahahha.
akhirnya aku jumpa dia dlm facabook n tgk lagi byk design dia..
dah lama tak follow design dia, tp sejak terbaca blog MIRALAI dia cerita sal wedding dress
hahhaha. terus aku teringat kat Datin Lynda ni n terus mencari. wakakakkakak
plagiarism tolla aku ni.. hahaha
sesape yg nak kawen tu tgk lah sgala design dia. mmg cun r...
i wish i could meet her... she's so pretty..

Friday, June 4, 2010

jeng jeng jeng

hahahahaha
aku hanya mampu tergelak.
ngeh ngeh ngeh
padam muka....
wakakakkakakakaka...
kecian kat napi..
he called me last night n marah2,...

he said:"ni semua sal mu tak dtg keje.. aku yg kena jaga kaunter mu tau.. Cik Din ckp Napi yang kena bertanggungjawab keatas kehilangan Sara kat mydin.haha.. menyesal aku berlakon jadi sepupu mu tau.. seluruh mydin mall tau kita ni sepupu tau. skrg mana aku nak letak muka aku.. malu tau mu tak dtg keje. mcm2 org tanya mana aku, kenapa tak dtg keje? haha.. aku plak jadi sasaran sbb jadi spupu mu. bodoh lah.."

i said:"sorry la SEPUPU..hahaha aku dah malas nak kerja. bangun awal pagi, blk lewat mlm.. then, duk kaunter Maut tu lagi buat aku pening. semua Customer dtg byr duit rm1. law shopping seribu, seribu keping la duit rm1. tak ke lelah aku nak ngira, smapi aku shok rm109 ok.dah lah bg duit rm1, ckp aku mengira lambat lak.. huhuhuhu.. tak pernah2 aku shok g2.. bangang tolla. tu lah sbb aku dah give up nak keje.hahah... takpe2.. nnt kita shopping ngan harga staff ok.. haha.. dpt murah tu...yg penting. aku dah shopping sakan ngan ero ngan harga staff lagi ok.hahahha. murah gilew wei..

p/s to napi: jagala penyu mu tu baik2 ok.. hahahahhahhaha.. napi bakal digoda oleh penyu betina ok.wakakakka.. PENYU tu minat gila kat Hanapi ok... bosan aku duk kat mydin tu asyik jawab pertanyaan oleh penyu tentang hanapi.wakakkakakakka...
makluman untuk Penyu kesygan napi... sbnr-bnrnye, napi sangat meluat tgk penyu itu menggedik hari-hari... jahat betol.haha

hahahhahahhaha
mood:pity to HANAFI..

rindu mydin mall

huhuhuhuhuhuhu
rindu nyew.. phone aku asyik berdering dari semalam..
napi call!!! syahid call!!!
semua suh aku g keje balik..
hahahhahahhaha...
sorry la der, aku dah out of service lah nak g keje sana..
tp siuz rindu kat supervisor kita...jeng jeng.. CIK DIN
hahahha... rindu nak main itik nge ye.hahaha.
tp siuz aku syg blake ke cashier2 mydin mall.
hahhaha.. baik2 blake ekpom. kadang rezak nge kak zaza hok berahi ngate.
tp g2 r, baik ye kate depan dr ngate blakang. hahahha.
rindu rindu.. masih sempat law aku g keje blk.hahahha
pandai napi n syahid nipu ke semua org, kabo aku demam..
bodo la... tp thanks semua teman2 aku di mydin mall. thanks sbb owez bg smangat kat aku..
hehehe.. semua baik2 n sporting...
syg semua tp bila aku dah blah bodoh g2 agak malu r beb nak dtg blk.
hahahhahahhahaah.
kecian semua jadi huru hara bila aku tak der...

thanks to my bestie:napi,syahid,uzair,zarul, syukri n others...
mereka lah selalu lepak bersama aku sbb jadual kami sama. hahahaha.

will miss you guys...
tp, miss my ero agi. hahahahhaha

perancangan es

huh. selepas berhenti kerja, ku fikirkan begitu sukar nak cari duit sementara cuti sem ni.
haha.. need money for travelling this JULY. heee...
so, aku n ero plan mcm2 cara n glamourkan GERAI COKLAT kami.
haha.. plan nye, nak buat poster then bg2 kat org.haha..
then, yg paling best nyew. aku akn tambah pengetahuan nak g belajar buat coklat lagi.
hahaha. lagi masyukk tu... bersemangat betoll.
yang penting support from him.haha..
then, siap dah plan ngan Si Naddy nak bukak booth kat uitm dungun nnt ok.
besar perancangan ni. dah plan siap2 agi tau...
arap2 wang pon masyukk la nnt. haha...
cant wait for new sem... nak jual choc ni.. hahaha
bukan nak belajar ok..

to all. please free to visit

Thursday, June 3, 2010

rindu

kadang kala, aku terasa rindu pada kutukan mereka..
haha...
kerna aku bila aku membaca aku terasa sesuatu di hati...
sesuatu perasaan yang membuat ku berbunga di hati...
terima kasih tuhan kerna kau selalu memberi ku bahagia...

masih ku ingat
ketika itu:
aku hanya berdiam
sepi tanpa apa bicara
walau makian diterima
senyuman di hati ku balas
walau ku di uji
aku masih kaku
aku tidak berbalas
berbagai makian ku terima
senyuman aku semakin mekar dihati
kerna ku tahu
aku akn terima lebih baik
kerna ku tahu tuhan itu mahu menyedarkan aku tentang nya
Dia itu sentiasa disisi ku
Alhamdulillah



GOOD BYE MYDIN MALL

huhhuhuhuhuhu
working at mydin mall as a cashier give me alot experience..
fuh.. having great moment there being a cashier with buddy around
got NAPI, SYAHID, SYUKRI, ZARUL, UZAIR N others..
happy working with them but for sure im not intersted anymore...
stress with environment and customer. too demand..
ummm. but, customer is always right even they are totally wrong...
really tired..
sorry all staff.. i make mistake alot...
huh. for sure i will not coming there anymore..
malu malu malu
hahahahhahahahhahahah
n i make big mistake bila cabut bodoh mcm tu jep without any notice...

good bye mydin..
sorry for being like this...
cant stand there anymore this time..
not strong enough

terpaksa meninggalkan teman-temanku di sana...
tiada lagi lepak2 bersama di waktu rehat..
hahaha. so sorry

Wednesday, June 2, 2010

BAHAGIA BERSAMA

hahaha.. sekian lama kita tak jumpa.
sudah 2 minggu tanpa sua muka. dan
semalam dan hari ini kita dapat luang masa bersama
hahahahhaha.
thanks beb dtg bersama dengan aku..
hehehe
aku mmg sayang kat mu ero
haha..
cant wait to be with u again next sem. haha
for sure we cant always together gether
nnt tiada rindu..haha...
aku suka begini
layananmu sungguh istimewa seperti dahulu kala.
wah.. ayat power g2 sayunkkkk!!
jeng jeng



Sunday, May 30, 2010

BERDRAMA

dibilang aku berdrama....
tiada lagi tangisan yang keluar kerna ku sudah sampai ditahap tidak mahu berbicara...
baru merancang sesuatu yang bahagia tapi lupakan saja.
nnt dibilang lagi berdrama...

biarkan aku seketika berlama-lama...
jika aku mencari bilang lah aku lagi berdrama...
aku mohon...



Friday, May 28, 2010

hati

huhu.. mungkin masih mahu bermain...
aku sudah penat...
biarkan seketika mencari masa...
marah tiada guna.
mulut tiada manisnya lagi bila berkata...
hanya soal bicara buruk bersuara...
senyum itu penawar hati luka...
biarkan saja masa berlalu begitu saja...
itu terbaik buatnya...

bermain lah tanpa ku...
aku tiada lagi diguna untuk meluangkan masa...
manis bicara boleh ku terima.
buruk soal bicaranya padah hati merana...

Thursday, May 27, 2010

TERIMA KASIH

selagi aku tidak menitiskan air mata, kau belum cukup BERBISA untuk menjatuhkan aku...
terima kasih kerana mencuba.
aku tahu kau berusaha keras untuk merebahkan aku, maaf, tiap patah yang ditaip, semakin membuat aku bersemangat kerna aku punya mereka..

aku masih ada Allah
aku masih ada CINTA ero dihati...
aku masih ada teman-teman
aku masih ada keluarga yang tidak pernah lupa padaku
aku masih ada pronsip hidupku.
dan aku masih ada DIRIku yang sebenar..

sebesar mana pun ujian, aku hanya mampu tersenyum
dan bersyukurlah pada Allah...
diam dan senyum
itu yang terbaik buat insan bernama Maisarah

muaxx..es

Monday, May 24, 2010

KEPENATAN...

ADUSS.. sungguh memenatkan kerja aku.. adoi...
makin byk lak aku buat OT.haha. almaklumlah.
mencari duit lebih.haha. tp penat ya ampun.
mmg tak tahan lah. 4hari berturut2 aku OT,.
dr kul 9 pg smpai 11.30 mlm. esh.
cuti mmg tak sempat nak cuti.
but:esok aku off day..
yeyy..hehe.. mmg menyeronokkkn.
mahu berehat sepuasnya...
last week sudah seharian bersama dia di ahri cuti. haha.
minggu ini bercuti sorang diri merehatkan diri.
plan2, mau ke dungun next week.
rindu sama CHE ERO n lia n liyana.haha
mau ke bundle bersama.haha...
rindu dungun sangat2.
haha

muaxxx
salam... busy.haha

Sunday, May 9, 2010

PLAN TRIP FOR NEXT SEM

LOST WORLD OF TAMBUN

aku teringin sgt nak g sini lepas banyak kali survey.hahhaha
plan nak pergi ramai2 ngan kawan2 n ero. hahha.
syok sikit ramai2 kan. hahahhaha...
dah byk info yang aku tau sal tempat ni, makin tak sabar rasanye. hahahha
murah aje rasenyew.hahahhahah
plan holiday on july. hahha

kepada yang bermiant, tgk lah link yang aku jumpa ni:heee


and budget hotel yang aku jumpa:








cuti semesta

SELAMAT TINGGAL DUNGUN FOR 2 MONTHS.

ohh.. ero
i'll miss you sayang!!! sgt2 for sure
hehehe...tp we can always be together...
ym n fb kan ada.haha... webcam please!!!
haha.. cuti yang sanagt lama bakal ku isi dengan kerja.
hahhaha. kerja CASHIER di mydin mall.
wakkakakkaka. klakar betol..
tp, yang pasti, gaji itu agak baik.heeee
simpan gaji untuk SHOPPING n TRAVEL
hehehehhehe

cant wait for next sem....

GOOD BYE DUNGUN
hello back KUALA GANU

muaxx erosara

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA KU



SELAMAT HARI IBU UNTUK BONDA KU
-untuk umi yang tercinta & untuk mama ero yang tersayang-
-terlalu banyak pengorbanannya untuk aku, tidak mungkin ada satu perkara pun dapat melawan pengorbanannya-
-maafkan sara umi, atas segala salah dan silap sara & ero-
-sara sayang umi n mama-
heehehhehehehehhehe

inilah umi dan ayah yang sangat ku cinta!!!
i love u umi n ayah..
thanks for give me life...


ini lah MAMA ero yang sangat ku sayang...
dia lah yang menjagaku di DUNGun..
we love you..


Mother's Love
Her love is like
an island in life's ocean,
vast and wide
A peaceful, quiet shelter
From the wind, the rain, the tide.
'Tis bound on the north by Hope,
By Patience on the West,
By tender Counsel on the South
And on the East by Rest.
Above it like a beacon light
Shine Faith, and Truth, and Prayer;
And thro' the changing scenes of life
I find a haven there.

Friday, May 7, 2010

DISEBALIK PEMERGIAN

PEMERGIAN

kadang kala pemergian itu membawa kesedihan..kedukaan..keperitan...
kita pasti tidak dapat menerima kenyataan orang yang kita sayang pergi...
sudah tentu sukar dan perit untuk melupakan, oleh itu, jagalah orang yang tersayang sebaiknya.

TAPI


kadangkala, disebalik pemergian, membawa banyak seribu kebahagiaan...kegembiraan..
Allah itu maha adil.. 1 yang pergi, pasti dia memberi 1000 lagi kepada kita jika kita bersyukur...
walau mcm mana buruk pun yang berlaku, bersyukurlah pada Dia Yang Maha Pemurah.
terlalu banyak kegembiraan yang aku nikmati selepas sesuatu pemergian.. aku bersyukur menerima kebahagian selepas keburukan yang aku terima... ALHAMDULILLAH...

p/s:
kadang kala sesuatu yang kita fikirkan baik untuk kita padahal buruk untuk kita, dan kadangkala sesuatu yang kita fikirkan buruk untuk kita padahal nikma baik untuk kita...

Friday, April 30, 2010

LOVE & CHOC MUD CAKE

CHOC MUD @ secret recipe!!
i love it so much
i just give n eat this cake with someone that i LOVE only!

CHOC MUD  Cake Recipe:
1/2 lb good looks
1lb sweet temper
1lb butter of youth
1lb blindness of faults
1lb of wit
1lb good humour
2lb of sweet argument
1 pint of rippling laughter
1 wine glass of common sense
a dash of modesty

Put the love good looks and a sweet temper into a well furnished house.
Beat the butter of youth into a cream,
and mix well together with the blindness of faults.
Stir the wit and good humour into the sweet argument
then add the rippling laughter and common sense.
Work the whole thing together until everything is well mixed,
and bake gently forever.



p/s:i hope who can bake this cake with this recipe, only ERO!!!
if not, i'll do myself n say its ok if we're not meant to be..
we tried alot...
i love you...
i miss you...

Friday, April 23, 2010

SAYANG!!

sayang ku ero!!!
kekesalan terlampau buat gitu semalam..
tp geram sangat..
dah dah, tak der tapi tapi lagi..
apa pu, im sorry shayunkk mcuk2!!
i love u babe...
malam ni, makan sate eh!!!heeeeeee....
sorry CHE KHAIRUL AZEEM..

Thursday, April 22, 2010

PERTAMA KALI


pertama kali ku melihat Dia. haha
sangat lucu bila ingt balik.wakakaka
kali pertama tengok dah ehem2 dalam hati
bengong tola... tp kami gembira saat itu.


event:kem kat Residence in Cherating 24-27 march 2007
haha. tempat tulah menemukan aku dan dia
cewahhh..ayt tak leh bla lansung..
dia jadi pengerusi time tuh..
aku terpaksa kutuk dia mcm2 smata2 nak cover feeling ni
haha.yg best nyew, he wish my birthday on 26 march 2007
hows he noe my birth date.. jeng jeng jeng.. ohh my JENNY!
yg plg syok nyew, he ask my number. hahaha
apa lagi, trus ngap!! malu nyew!!haha

ok, berakhi lah cerita ku untuk ketika ini..
SEKIAN..


kesinambungan

actually blog ni adalah kesinambungan dari my last blog
terpaksa wat blog ni sbb aku tersalah setting kat post, pastu tak tau nak setting blk, dah byk org aku tanya, tp hampeh.. wakakkakakakaka
tak syok lah nak tulis post agi an!!!
hahahahahhaha

aku sayang blog aku dulu.