Pages

Friday, October 14, 2011

Happy Relaxing

Hello/...
i sedang seronok sakan rehat2kan badan.. wakakka.. 
tak perlu angkat2 barang, buat itu buat ini..suka sgt hanya dapat rehat sepanjang hari. Al-maklum la, sedang nak masuk rumah sewa dan tidak dibenarkan buat kerja.. tak sabar rasanya nak rasa duduk rumah sendiri pulaks. haha.. semua preparation che ero yg buat. hehe.. and tak sabarnya nak tgk suprise rumah ni nnt. dia just bg aku tgk gambar rumah kosong je.. yg lain, tgk sendiri masa masuk rumah nnt.. this NOvember!!! tak sabarnya. even rumah biasa2 je, tp syukur sgt la dpt jugak merasa hidup sendiri...hee.. aku mmg tak boleh tgk lansung isi rumah, perabot2 n all.. semua suprise.. lg tak sabar rasanya. nk tgk juga hasil tgn seorang lelaki buat kerja rumah, susun atur dan mcm2 la. haha. menanti dgn penuh kesabaran. 
thanks alot dearie hubby.. wakakaka... muah muah...

gmbr ni masa tgh pregnant 6bulan. hehe.. walaupun start masuk 5bulan, mula dtg mcm2 sakit pinggang, tapi tetap gagahkan diri keluar rumah walaupun dpt perintah berkurung.. semata-mata nak buat peace!!!!

Tuesday, October 4, 2011

Sesi Berkelah

actually ni gambar dah lama. tak silap bulan june hari tu kot kami g buang masa kat Bukit Belacan, Ampang. seronok gilos berkelah2 dengan sang suami. tp ada jugak prasaan bosan sbb tak da geng. haha... masa smpai tu, dah dekat pukul 6ptg. mmg lewat tol pergi. time smpai tu, mostly org ramai dah nak blk, agk seram la. takot jugak nak g sana sbb tgh membawa ank tersyg dlm perut kan.tp ditabahkan juga. aku tak mandi pon sbb sejuk sgt, so, che ero saja yg mandi manda. i tukang perhati je. haha... 

 bekal nak bekelah; coco crunch, air milo, air sejuk. kepok goreng.. tu je...

 jauh berjalan...

 testing air.. aww.. sejuk bebeno.. 

 haha...tak da apa nak ckp..

poyo aje.. hee

Thursday, July 14, 2011

New Job

yeahhh... sudah lama gilos tak mengupdate belog ini.
sbb nye sy bukan lah penggemar nak menaip2 belog ni pon.
tak banyak yang nak dikongsi. kalau cerita nnt ckp showing off pulakss..
so, kita merendah diri saja, tak perlu nak tayang segala yang ada. hahhaa..
tapi...
sy mau share sesuatu!!!
i've got new Job..
fantastic job.
yeahhhhhh
full time at home, tak perlu keluar rumah
tak payah pakai cantik2 nak g keje,
berkain batik dan bertshirt saja. hahaha
mmg seronok..
sy dah jadi SURI RUMAH sepenuh masa yang berkerjaya,
mcm mana tu???
hah
actually slow2 berbisnes online.
daripada coklat bertukar ke Hijab Shop..
waduhh,,,
tapi coklat still full time buat tau. bisnes choc la paling berjasa dlm hidupku.
korang2 jenguk2 la blog hijab sy tau.

meh meh meh jenguk kejap
KEDAIPRINCESS.BLOGSPOT.COM

Friday, June 24, 2011

ero

che khairul azeem, saya sangat rindukan awak... huhu...
love u<3

Wednesday, May 4, 2011

sekian lama

sejak dah dapat title PUAN ni mmg dah tak da masa nak menaip di blog ini. even blog coklat ku pon belum ter update. sungguh rasa sibuk, malas dan tak cukup masa. bukan mudah memegang title tersebut. tugasan mmg banyak. setiap perkara yg dibuat semua dah jadi DOUBLE. haha. basuh kain double, masak double, n everything dah jadi double. akhirnya lemak pon berdouble dgn asyiknya. ok.. sekian cerita pasal sibuk...

terpanggil nak menaip ni sebabnya si dia dah mula cuti sem, so, ada lah sedikit ruang rehat untuk den ni pulak. tak payah nak buat kerja sorang sorang lagi.. harap begitula. haha.

sekian kalut lalut...

Wednesday, March 2, 2011

we're married...


February 19, 2011
Nurmaisarah bt Mohd Khalil dan Che Khairul Azeem telah sah menjadi suami isteri.
haha. ramai yang tak percaya..
kenapa? sbbnya org ckp sy ni tak sepadan dgn dia dan ramai cakap dia tu PLAYBOY. haha. hah. skrg terbukti, dia bukan mcm tu. wakakka.. Nauzubillah. mintak jauh la semua tu. aku dah syukur sgt2 dapat seorang suami yang sangat penyayang dan enjoy giloss... masa bercinta penyayang dia tu mmg low class, hah, bila dah kawen lain jadinya.. tukar 100%. better korang kawen awal2 n rasai keseronokan alam perkahwinan di usia muda. tapi cukup kena sabar n RAJIN cari duit sbb dah tak boleh nak mintak ngan parent lg. haha. semua kena tanggung sendiri. heeeeeeeeeeee.. matlamat kami nak kawen sebelum umur 20tahun akhirnya tercapai. hehe... moga2 diusia 20tahun dah dapat anak.. *ngadew i tau.. hahahhahahhahahhahahhahahha...
nnt story lg. muah2..

Wednesday, February 16, 2011

miowmiow

Busy sangat dan gila minggu ini. Gara-gara kerja suka bertangguh dan bila dah nak tiba masanya semua nya kelam kabut. hahaha. then, mula lah hati ni berdebar-debar menghitung hari. tinggal lagi 2 hari. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. hehehe. Today my schedule full gilos. dari pagi sampai petang tp still kena buat order coklat, almaklum la, ada yang tak reti membaca aku cakap aku OFF seminggu. pastu mintak lebih2 plak tu. kita nak return duit blk, dia tak nak, cakap kan dah booking lama. urmm. tension je idup aku ni. ok. sekian terima kasih.

Wednesday, February 2, 2011

one more the hottest!!!



kalau la budak ni nak kat aku, aku nak je kawen ngan dia.. hahax..
ampun aku yea ero...
berlaku kecurangan skali lg. hahax..
love love love
*jatuh hati

my Baby coming soon!!!


how hot he is........ ngeh ngeh ngeh.. jom layanzzzzz..
seronok ni...

Monday, January 3, 2011

happy new year

biar lah terlambat nak wish pon.. tapi nak wish jugak. sbb hidup kat uitm ni agak bosan di awal sem ni. so, meh ber blogging kejap. act aku ni tak suka sgt mengupdate2 ni. tapi sbb teramat bosa, meh kita rajinkan diri.
hye semua..
HAPPY NEW YEAR mai n ero ucapkan.
ngeh ngeh ngeh.. ada je ero kan.. kahkahkah.biasa le. dia je yang dihati ni
ribut petir ngan dia pon, still gether. godiks sgts i ni..

my wish for this year.
be good _ _ _ _(teka apa ini?)
be good lover
be good women. im 20 already dude.heeeee. dah rasa besar amat ni
be good muslim
be good student
be good daughter
be good in my business

conclusion nye..
azam tahun ini adalah BE GOOD!!!

I FEELLL GOOD. LALALALA

i love u co much my sweetheart.
i love my family too much.
i love my life now. its perfect.
i dont need else. i want my perfect life.
i have love, great family, my shimara geng, my sibling at uitm n great business.
thanks Allah. after i through all hard life, i got this at the end. what a great feel.
Alahmdulillah.
syukran..

Friday, December 17, 2010

M-A-R-A-H

cerita kali ini bermula lah dengan mood yang baik skali di malam kemarin. tengah2 on9 facebook my shop ni, ada la seorang yang budiman yang lagaknya baik dan banyak cakap. jom layanzz jela. dia tanya beta ni ada mood ke tak.. then beta cakap la beta ni ok je, tak der moody2 le. then dia cakap dia nak tanya macam2 ni.. excited jugak nak tau nak tanya apa sbb mmg mati2 ingt nak tanya sal choc, nak tempah banyak ke.. wakakka. then soalan pertama dia: "awak ni makwe yoe ke?. jawab yess or no" haha. of coz my answer is "YESS". ok, soalan kedua dia ialah "awak ni bukan skola IZ kan dulu". of coz my aswer is NO.. saya skola BELARA la dan saya bukan satu skola ngan yoe(ero). haha. then, dia cakap nak story sal ero, so dengar jela org nak nak cerita sal ero ni..wakakka. habis dia story.. dia cakap dia ada nak tegur i something.. ok.. listen to other comment may make me perfect right? ok dear.. tegur le. hehe. ok.. he said. "saya ni tak suka tau perempuan yang add lelaki atau approve lelaki yang tidak dikenali sesuka hati. saya tgk awak ni senang2 je add n approve org yang tak kenal.." OMG.. mmg terkejut i ni tau. tak pernah jumpa makhluk asing macam ni. umm.. then i said"hye dear, i do add people and i approve people outhere to promote my choc, not to know them. ok? erm.. lagipon this is my chocolate shop punya facebook, not my facebook, so, dont judge me like that ok. and for your info, i dont have any personal facebook yea." urm.. tension betul i ngan mamat ni.grrr.. please yea.. if u dont like me, just delete me ok. tgk, skrg tak sempat nak delete, i dah block kamu yea. grr. tp tak suka aku sebab apa yea? i never know him before.. urmm.. tatau le nape.. dia cakap dia best fren ero masa skola.. urm.. maybe dia tak suka aku jd gf ero.. urm.. whatever le awak.. thanks sebab tegur yea.

sekian

Wednesday, December 15, 2010

Beener Kee Kee

i uda obses sama video dari si budak kecik ni.. baru 15thn dan glamour ngan video karut mengarut dia.. ada smpai view video dia dah nak cecah 23juta.. wah.. kalah artis malaysia. hahaha... here 1 video i admired...

Tuesday, December 14, 2010

what?

OMG... akhirnya aku puas hati..
yea.. 10hb aritu.. fara msg kul 9am, tanyer dah cek result belum.. waaa... aku tak ingat2 pon that day dah keluar result.. then, fara cakap uitm email je.. wahhh.. maju skrg yea.. cepat je aku cek. haha.. OMG!!! wadushhh.. suka ahti tengok result.. wakakkaa... tak sia2 aku beranikan diri amik semua subject.. yang repeat last sem aku amik n aku tak drop ape subject pon.. wakakka.. puas hati.. puas hati.. melompat2 happy ni.. terus terjah umi n ayah.. wakakka.. then, mintak hadiah angn umi.. guess what hadiah? hehe.. aku mintak umi masak LAKSA PENANG.. wakakak.. tp tak masak that day pon, esoknya baru masak.. aku telan berpuluh2 mangkuk.. dari pg smpai malam, n esoknya lagi, yang tak habis tu aku telan lagi.. hahahha.. my fav tu... hehe.. thanks umi.. and thanks to ero juga sbb dia banyak support aku.. tak terlupa jugak kak sha(roomate) and ida(roomate).. hehe... ada jugak penangan dorang sket2 meresap kat kpala aku yang bengap slama ni.. hahahahhaha... next sem nak score tinggi lagi law boley.. tp rasa ni macam nasib je.. haha.. bukan bijak pon sebenarnya.. tapi bersyukur sangat la sbb nasib selalu baik.. assignment banyak tulun ni.. thanks to tot, aleen, iera, naddy, nabila, fa, n adib sbb ada join group2 dorang.. hehehe. muah muah muah..

Monday, December 13, 2010

hello world!! heloo kitty!!!

here some awesome thing... hahahha.. i love it and dream it.. hahahha...

macam mana nak jadikan my house nnt macam ni ek. ahahah.. mmg tak de maknanye la

wah... ini ke bakal my bedroom?

living room.. woe!!
*not

alahai.. cute sungguh

Thursday, December 9, 2010

NIKAH GANTUNG?

TADI SEDANG2 NAK TAMBAH LINK MY FRIEND, SAMBIL TU ADA TERBACA 1 BLOG DR MY X ROOMATE, DAH LAMA CARI ARTIKEL NI.. HAHAHA...SO, KIRA COPY N PASTE JE NI.. WITHOIT PERMISSION NI.. WAKAKKAKAKA.. AMPUN YEA ELLY.. HAHAHA...
Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.
Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :
  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
Penerimaan Masyarakat
Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.
Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.
Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.
CREDIT: ELY

Monday, December 6, 2010

kanda dinda

kanda sayang... jangan bimbang.. dinda ikut cara kanda...
hahaha... i love this song... kemarin tgh drive dengar lagu ni.. tersenyum saja.. haha

Friday, November 19, 2010

Kes Berebut Parking


today aku dan umi g giant KT sbb aku nak amik barang2 coklat yang aku tempah ngan supplier aku. sesampai di Giant aku mencari parking. Tup2, depan aku ada sebuah kereta Saga ni nak kelaur, so, aku tunggu la dia keluar, then sesambil Pak Cik Saga tu nak keluar, ada la sebuah kancil bg signal jugak nak masuk, mmg kurang asam sbb dia sesuka hati je nak amik parking tu sedangkan dia baru je smpai, aku ni berjanggut dah tunggu pakcik tu keluar. seudah pakcik tu keluar, dia cepat2 masuk, aku apa lg, HONNNNNNNNNN sepuas hati, oh.. dia baut bodoh je ngan hon aku erh.. so, aku bukak tingkap, then aku shout kuat2, "WOI, TU PARK AKU LA BANGANG.. AKU NI TUNGGU DR TADI LAGI".. nasib baik umi ada kat sebelah cakap SABAR2. aku dalam ahti sabar je.. tetiba sampil dia nak masuk tu dia dengan kurang hajor nyer, tunjuk FU%K kat aku.. ohh.. makin membara aku tau.. cepat2 aku g cari parking lain, sambil tu duk membebel. orang park sebelah aku tu pon bgtau, kurang ajor betol dak tu. aku pe agi, dengan support org ramai, cepat aku melalak kat budak siol tu..

"WOI, KAU SAPER HA NAK MAIN RAMPAS2, KAU BUTA KE AKU DUK BERJANGGUT TUNGGU PAKCIK TU KELUAR.HOO, DENGAN SENANG2 KAU AMIK ERH, SIAP TUNJUK AJRI BUSUK KAU AGI. KURANG AJOR PUNYER ORANG... (sambil tu aku berjalan2 menuju dia).. APA KAU TAK NAMPAK KE SIGNAL KETE AKU HA. BANGANG BETOI ERH.. BUKAN KAU NAK TERIMA KASIH KE APA ERH.. KALAU SERIBU ORANG MACAM KAU ADA KAT SINI, MMG LINGKUP AH.. AKU BUKAN APA, JANGAN NAK BIADAP LA. SEPATUTNYA SAY SORRY LA, TERIMA KASIH KERM BUKAN DENGAN TUNJUK fuck KAU TU.. INGT JARI KAU CANTIK SANGAT KER.."

haha.. yang kelakar nyer.. dia menyorok dalam kereta dia.. hahaha.. tau pon takot erh... kau takot sbb kau salah.. kalau kau tak salah, tak der nyer kau nak menyorok.. mmg padan ah muka kau malu dengan orang ramai.. sbb orang lain tau kau tu buat apa td.. grrrr... sian kat kau erh... menyorok macam katak...

Mai mmg bengang gilew tau nagn orang yang kurang ajor ni.. bukan Mai tak nak berlembut tp dengan lembut tak leh nak lembutkan dia.. ha.. kena berak skit kat muka tu baru tau.. sedor sikit. lain kali jangan buat lagi ye bro.. Kadang2 kena ajor skit orang macam tu,.. esh2.. Sorry la terkasar bahasa tapi perbuatan anda tu kasar lg.. lejadian td boleh bawak accident tau.. esh2..

OMG.. Saya sudah bertunang...

Jom Luangkan masa korang 5 minit untuk artikel ini.. artikel ni Mai perolehi dari salah seorang blogger yang begitu rapat denganku.. hehe.. Terima kasih ye.. haha...

Percaya atau tidak bahawa kita boleh bertunang tanpa sedar? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang kepada lelaki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

Lelaki bercakap dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


haha..terkezutt M baca dr tu.. wakkakakka.. saya sudah bertunang.. yahuuuu.. gatai noooo.. grrrrr..

Tuesday, November 16, 2010

rindu berjauhan

semalam aku rasa begitu kosong.. kosang yang mmg kosong sbb semalam ero dah mula bekerja dan dia diam seribu bahasa. aku duk tunggu call n msg dia before dia berangkat ke kerja nya itu. haha. tapi tak der sebarang reaksi. then i tried to call him.. huhuhu.. offline tefon dia. called many time tp still off.. tak per la. maybe tefon tertinggal. a few hour later he called me n said "Im sorry sayang, i miss you so much, tefon tak der battery ni sbb charger tertinggal kat dungun, jap lagi waktu break sy g beli new charger" and i said"dah tu pakai tefon mana?" then he answered "ni guna phone kawan, change sim la, i miss u, bye2" huhuhuhu.. seharian aku tunggu dia, then, kul 12 malam aku cuba hubungi dia, tiba2 online phone dia but no answer. then i text him "smpai hati awak, dah on phone tp tak der contact sy pon. sy rasa alone sgt harini tanpa awak. sekian, terima kasih. bye" haha. konon2 aku merajuk le tu. ngadew je lebey. haha. then he called me a few minutes after that "sorry baby.. ni tgh kerja lagi ni, sikit lagi nak habis, cian kat syg alone erh.. tunggu jap, after siap keje, terus balik.." i said"ok la. hari ni saya rasa sorang2 n kosong sangat. rindu sgt kat awak"

teng teng teng.. setengah jam kemudiannya..

1 message received:
ero: "syg..camner hidup tanpa saya hari ni?"

me: "huhu. sy wase teramat sedih dan alone la syg.huhu i miss u gle2 bby..

yang lain secret. haha.. moral of the story.. jangan lah duk 1 kampus dan selalu berjumpa sbb bila terpisah gini la jadinya.. sedih yang teramat sgt.. sem ni aku terlalu close ngan dia sbb buat bisness sama2 kan, so, bila terpisah jauh gini, sedih rasa hati... wawawawa... i love u ero...

Wednesday, November 10, 2010

clear face gone..

im died..my clear face was gone forever. now beratus2 makhluk asing ada di dahi ku.. berkampung katanya.. adoi ya.. story nyer mcm ni.. last week i call 1 mak cik untuk dtg uitm tlg picit2 badan ni.. lotih amat.. then, dia ckp nak buat massage muka yang dapat menenangkan fikiran.. konon release tension dengan menggunakan minyak bubut dr HPA.. but, a few hour after that, keluarlah makhluk asing dengan pesatnya.., now, beratus2 bintik2 termasuk bintik putih, jerawat kat my dahi ni.. dah seminggu tak hilang2.. now what? i dont think this minyak usefull.. uewww.. merosakkan muka aku je. umm... so, i call that makcik td, so, esok she will come to look after me.. nyum2.. nak makan je rasanyer makcik ni, dia cakap aku ni sakit tu la, sakit ni la.. euwww. then she said, that oil was good because it react fastly.. yup aunty!!! it was react very fast= now my face have hundreds alient because that oil.. its on way be thousand okies... and she promote me to use her beauty care product for face.. ummm.. tak mo tak mo tak mo.. i never use chemical on my face except for makeup.. so, for the lesson, back to my dad's advice"please do not put oily thing on your face, no nuts, and no gatal2(miang)".. sorry ayah tak follow your rules, that makcik yang letak minyak... ummm...
cant wait for tomorrow, hope that makcik datang membawa sesuatu untuk membuang alient bukan menambahkan alient ku ini..

Sunday, November 7, 2010

oppps

teman ero teman ku jua.. hahahhaha..

templates dan datim

hahhaa..aku sudah gila sama templates yang cun cun.. mentang mentang dah reti buat templates kat blog sendiri, tuka aje aku ni.. bosan la asyik pakai layout je.. tak menarik lansung.hahhaa.. so, bersemangat nak belajar baut template ni.. akhirnya berjaya dengan bantuan kakak nyer ero.. kakak ku juga ada ajar tapi tak reti sebab ajar by fb..mmg la tak faham apa ke bendanyer.. haha..
Gap final ni 10 hari.. fuhh.. mmg tak cukup baut aku sbb terlalu banyak perkara nak buat.. bayangkan, dr hari selasa tak der masa rest lansung ni, nak tgk buku pon belum sempat.. betapa order coklat yang bertimbun2 nyer n byk nyer berjalan.. ummm... payah betoi hidup mencari rezeki ni.. lalallala.. kumpul duit untuk sopim jugak kan.hahhaha.. yang seronok nyer dapat buat coklat sama2.. walallala.. tp bila tak best, aku duk wat coklat dia duk tgk si tb.. umm.. mmg marah ni!!! heeeee.. tarak pa.. nekad, malam ni aku akan bersenkang mata nak siapkan semua order n sudahkan apa yang patot, no more aku accept order lepas ni ok.. sorry semua.. hahha.. mmg kejam aku ni.. nx week bukak kedai balik ok.. hhaha.. nak rest pulak.. exam dah jumaat ni.. study apa pon belum... hehe..

umm.. esok???

yuppy, dah lama aku tak datim ngan ero ni.. hehehe.. esok aku nak berdatim pulak ye.. tp yang geram nyer, pagi2 sebelum datim kena jalankan tugas sebagai peniaga dulu ye, nak g deliver semua choc n settlekan pos choc.. hehehe.. sharp 10am aku nak start berdatim pulak.. hehehe. sekian lama aku tak keluar berdua aje.. selama ni kalau keluar pasti ada bodyguard(takot kena samun).. hehehe.. bodyguardkami yang paling setia adalah Cik Hariz n Cik Daus. hehehe.. sayam kat dorang ni.. hahahha... tp esok korang tak yah susah2 nak berbodyguard kami.. hehehe.. tp aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana selalu ada bersama aku dan dia selama ni.. dorang ni baik tau.. cukup sifat nak bersuami dah pom. haha..
hye,, ini lah mereka.. hahahha.. my beloved friend n bodyguard.. hahahhahaha

Sunday, October 17, 2010

BAJET 2011

haha.. great to know that BUDGET 2011 sgt2 lah menarik.. bukan untuk lepisan pekerja sahaja, malah keistimewaan untuk semua lapisan masyarakat.. hahahha
ini list yang sgt menarik perhatian ku.. wakakka.. masyuk lah lepas ni.. boleh sopim lah barangan yang mahal2 dengan harga yang murah.. dan dapat beli telefon dengan ahrga yang murah nanti.. wakakakka.seronok2

1.Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
2.Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

my wish








aku berharap, suatu hari nnt, aku akan dapat rumah seperti ini dan bahagia di dalam nyer.. kalau suratan aku terpaksa hidup sendirian, aku pasti gembira buat selama-lamanya kalau dapat rumah macam ni.. hahaha.. gembira dapat dengar music sorang-sorang.. tp kalau berdua lebih baik.. haha.. bersama cats kat dalam.. fuh.. mmg cun ah

tentang dahulu

mood saya sangat gembira bila tuhan membuka pintu hatiku untuk memaafkan dan melupakan.. bahagia dahulu telah kembali tapi mungkin sudah tidak serupa.. saya mula sayang awak.. haha.
satu perkara yang saya sedar.. masa dahulu tak mungkin jadi masa sekarang.. mungkin saya dan awak sudah berubah.. sbb itu kita tak dapat jadi seperti dahulu.. tapi.. saya yakin awak tahu siapa awak di hati saya.. smile sweet girl... you still great person in bad and good...

Monday, October 4, 2010

hilang

adoi umi.... oren tiada ketika musim hujan.. itu adalah satu penyeksaan buat aku... grrrrrrr.. tolonglah. macam mana nak hidup di musim hujan ni.. aku berharap sangat aku dapat capai impian aku next sem untuk ganti oren. haha... mampu kew??? itulah persoalannya sekarang.. aku student yang dah lah tak dapat loan... belanja bulanan pom dapat sikit je.. memang berangan besar aku ni!!! tak per sara!!! go go go... kalau ada rezeki memang boleh kan.. haha.. cuma kena ikat perut je sekarang.. simpan duit... cari duit.. kena rajin.. memang seksa lah kalau nak buat duit ni.. umm. akan ku berusaha promote kan bisness ku ini. haha.. akan ku buktikan pada diriku aku mampu.. haha.. sekadar berangan tak guna.. ahha. tp tak semua yang kita rancang akan berjaya dan tak semua yang kita nak, kita akan dapat.. haha.. susah bukan? itulah hidup... oleh itu, jangan lah nak berharap sangat ok..

Sunday, October 3, 2010

+ve

ohh.. omg. jangan terkejut.. hari ini aku disahkan postive tension!!.. ummm.. tak tau kenapa kepala ni berfikir tak tentu hala dan ada je perasaan nak marah dan sangat sangat tiada mood.. semua orang bersiap sakan nak ke DINNER Om.. umm. tapi aku terasa malas yang amat sangat nak bersiap.. tak tahu lah kenapa dengan perasaan ni.. gado ngan ero?? oh.. tidak..baik aje kami... period?.. umm. maybe... so, keputusan nyer, mmg aku tak pergi.. duk dalam bilik diam diam fikir perancangan hidup yang tak berapa nak lucky ni... ummm.. mungkin aku rindukan sesuatu dan mungkin aku semakin benci akan sesuatu... grrrrr.. sukar ni.. mabuk dibuatnya. haha.. Ya Allah.. berilah aku jalan yang senang.. heeeeeee.. i wish i could be star.. semua nyer akan menjadi terang bila gelap.. kadang kadang kecewa juga ye dengan hidup ni tapi apa kan daya, tetap kena teruskan hidup ni sekuat-kuatnya..
bye bye hari ini... semogo hari esok cerah seperti bulan dan bintang

Friday, October 1, 2010

my oren

huhu... my oren sakit lagi.. ngoks betola.. kereta ku mmg dah totally nak out dah.. adoi. apa nak buat.. tiba tiba tengah ero drive, kereta mampus tiba2.. awww.. betol2 depan tanjung jara resort.. waaaa.. memang tengah kepenatan masa tu.. dengan panas lagi nye. call si medan datang amik terus.. ok.. five star to him kerana terus datang tanpa berlengah... bagus kawan mcm ni.. wakakaka.. kdg2 je macam pandir... maybe tuhan nak balas kejahatan aku la tu.. haha... tuhan bayar cash je sekarang. haha.. insaf sebentar.. ok.. mmg lepas ni habis lagi beratus2 untuk baiki kereta. mmg tension lah gini.. waaaa.. kenapa lah macam ni..

fikir sebentar

aku rasa nak beli viva jep.. dulu dah plan nak beli ero tak nak plak.. sekarang tgk saper yang susah.. setiap bulan kos untuk kereta tu dekat 500.. baik bayar wet bulanan kereta.. haha... lepas ni, mmg aku kena simpan duit nak beli kereta ah.. mmg kena berjimat betol2 lepas ni.. nak kereta baru..waaaaaaaaaaaa

ubah mood

change.. change.. nak ubah mood.. haha..

Saturday, September 25, 2010

cuti

fuhhh...
last week adalah hari yang paling gembira buat aku...
ketenangan yang dah lama tak dirasai..
wahhhhh,.. masyuk g2 tau..
haha...
i take off 2 weeks dr buat coklat sgala ni.. haha
all order tolak tepi..haha
1 week dapat enjoy sepuasnya menikmati hidup yang free
mcm2 aku buat..
-lepak ngan kwn2
-gi saloon berjemaah cuci rambut mucuk
-sopim kuantan
-wayang
-dating dating
-makan sate
-tidur awal..
-da best thing, layan movies best2

hahaha.. masyuk kan bila cuti seminggu tanpa sebarang gangguan
rasa nak cuti buat choc selama-lamanya je, tp mana nak cari makan kalau tak buat semua ni..
terpaksa lah bekorban jugak walau mcm mana pom.. haha.. alhamdulillah, rezeki yang Allah bg cukup selalu.. heeeeeeeeeeeeeee

bye bye

Thursday, September 16, 2010

impossible

1 impian aku
-aku nak cantik untuk er0-
hahahahaha

berfikir

hehehe
terasa macam malas dah nak teruskan bisness coklat..
letih lah pulak rasanye.. hahaha
tapi ini lah yang bg aku makan
hahhaaha
rasa macam nak tambah lagi satu bisness..
hahahhahaha
tapi nak jual apa ye???

think think think

hahhaha
ting tong

aku ada idea tp modal belum cukup lagi
hahaha

tak per. akan aku usahakan perlahan-lahan dengan modal yang kecil dulu
heeeeeeeeeeeeee


insyAllah aku akan start buat apa yang aku rancang bila semua sudah selesai
apa yang aku buat, aku nak rancang betol betol. tak nak kelam kabut lagi

insyallah aku akan usahakan ini bermula cuti sem nnt.. hahhaha

"kita merancang tapi tuhan yang menentukan"hehhehehehe

Monday, September 13, 2010

Saturday, September 11, 2010

selamat hari raya




selamat hari raya
hari yang tak berapa nak bermakna buat aku
sbb tak der baju raya.. tak sempat nak beli n tak der pilihan.
sibuk sangat2...
huhuhu
tp lastly, pinjam baju raya UMI jugak. hahaha.
but, aku akan tuntut balik apa yang aku tak dapat
baju raya+new shoes+blous=this wed aku akan sopim puas hati..
no matter what, im planning 10hours at TS for sopim with ero... GREAT!!!

btw...
selamat hari raya untuk my teman2 n my beloved
aku nak mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan dan kekasaran aku
im not perfect girl...

bye2